Hanya 27 peratus majikan mencarum - Perkeso Kelantan

Iklan
Nora (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Kasmara.

KOTA BHARU - Hanya 27 peratus daripada 26,291 majikan yang mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kelantan tahun ini aktif membuat caruman pekerja secara bulanan.

Pengarah Perkeso negeri, Nora Yaakob berkata, ia melibatkan 7,145 majikan sahaja dan jumlah itu masih tidak memuaskan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah pekerja yang aktif mencarum pula ialah 93,724.

"Kita sedang melaksanakan pemutihan kepada majikan yang belum mencarum bermula 1 Mei hingga 31 Jun supaya mereka tidak mengetepikan hak pekerja," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan Prihatin Perkeso ke atas kediaman balu pemandu bas Konsortium E-Mutiara, Kasmara Kadir, 48.

Bagaimanapun, Nora memberitahu, selepas tarikh tersebut majikan yang masih berdegil bakal dikenakan tindakan.

Iklan

"Jika berlaku kemalangan terhadap pekerja, kita sekadar simpati tetapi isteri dan anak-anak menanggung kesedihan, namun caruman dapat mengurangkan beban keluarga," katanya.

Sementara itu katanya, untuk kes pendakwaan di mahkamah sepanjang tahun lalu ialah sebanyak 32 kes dan 119 melibatkan kompaun.

Pada lawatan itu, Nora menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dapur kepada balu pemandu bas ekspres Mutiara, Allahyarham Nik Nordin Jusof, 51, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 21 April lalu.

Beliau turut memberi contoh syarikat Konsortium E-Mutiara yang mencarumkan semua pekerja mereka.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pihaknya menjalankan tanggungjawab mencarum pekerja supaya mereka menerima manfaat berkaitan.

Bagaimanapun katanya, syarikat itu mengutamakan keselamatan pekerja dengan mengadakan pertemuan bersama pekerja tiga bulan sekali.

"Caruman inilah yang boleh membantu pewaris dan manfaat ini penting bagi meringankan beban orang tersayang yang ditinggalkan atau menampung hidup mangsa yang tidak mampu bekerja," katanya.