Sasar 400 anak Orang Asli masuk universiti - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

LIPIS - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli (OA) di seluruh negara akan memasuki universiti awam dan swasta tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia antara perubahan yang dilakukan terhadap masyarakat tersebut di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tahun lepas, sasaran iaitu seramai 300 anak Orang Asli memasuki universiti tercapai.

"Kita yakin dengan kepimpinan Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli). Jadi kita semak semula sasaran tahun ini sekurang-kurangnya 400 orang anak Orang Asli memasuki universiti awam dan swasta.

Iklan

"Dan Insya-ALLAH saya akan berbincang dengan Datuk Seri KSU iaitu anak-anak Orang Asli yang memasuki universiti KKDW menerusi Jakoa akan diberikan saguhati RM1,000 setiap seorang," ujar beliau.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata sedemikian ketika ucapan perasmian sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera, Sungai Koyan di sini pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memberitahu akan meneruskan bantuan fasiliti seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur kepada masyarakat Orang Asli di negara ini selain meneruskan bantuan membina rumah baharu dan menaik taraf rumah untuk keselesaan masyarakat tersebut.