Referendum Uzbekistan: Lebih 80 peratus keluar mengundi

Iklan
Antara pengundi yang hadir di salah sebuah pusat mengundi membuat semakan nama sebelum diberikan kertas undi.

TASKENT, UZBEKISTAN - Sebanyak 81.39 peratus jumlah keluar mengundi direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Uzbekistan dalam proses pungutan suara bagi meminda Perlembagaan negara berkenaan.

Setakat jam 5 petang waktu tempatan, lebih separuh daripada 14 kawasan di negara berkenaan melepasi angka 80 peratus dan proses pengundian masih berjalan sehingga jam 8 malam.

Iklan
Iklan
Kemas kini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Republik menunjukkan lebih 80 peratus daripada keseluruhan pengundi keluar setakat jam 5 petang.
Iklan

Kira-kira 20 juta rakyat Uzbekistan yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini di 10,758 pusat mengundi disediakan di seluruh negara dengan tempoh pengundian bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Selain itu, seramai 611,000 warganegara telah melakukan pengundian awal dengan 452,000 daripada mereka mengundi dalam negara dan 159,000 di luar negara bermula 19 hingga 16 April.

Iklan

Sebanyak 55 pusat mengundi turut disediakan di 39 negara luar.