Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani: Sanusi hadir iringi Sultan Kedah
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama Perdana Menteri pada Sabtu.
Muhammad Sanusi berkata, kehadiran beliau adalah atas kapasiti Menteri Besar yang perlu mengiringi Tuanku Sultan dan ia merupakan protokol dalam mana-mana majlis yang dihadiri baginda.
Iklan
Iklan
Menurutnya, surat jemputan khusus kepada beliau hanya diterima pada Khamis melalui emel pejabat Menteri Besar Kedah.
"Ya saya ada terima jemputan rasmi ke majlis berkenaan pada Khamis melalui emel. Sekiranya Tuanku Sultan berkenan berangkat, saya akan hadir mengiringi baginda.
Iklan
"Sekiranya Tuanku Sultan tidak berangkat ke majlis tersebut, saya akan pertimbangkan sama ada hadir atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.
Muhammad Sanusi berkata, penganjur tidak seharusnya memutar belit fakta kerana beliau maklum mengenai senarai jemputan asal untuk program berkenaan.
Iklan
"Menerusi jemputan yang dihantar melalui emel pada Khamis, iaitu 27 April, dinyatakan untuk saya membuat pengesahan kehadiran sebelum 25 April (Selasa) sebelum 12 tengah hari, agak lucu kan,” katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Jumaat mengumumkan Sultan Sallehuddin berkenan menerima jemputan menghadiri rumah terbuka berkenaan.
Dalam kenyataan itu, Fahmi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerajaan Persekutuan kepada Sultan Sallehuddin kerana sudi menerima jemputan itu.
Pada Khamis, Muhammad Sanusi dilaporkan akan menghadiri rumah terbuka kerajaan pusat di Hotel Raia di sini sekiranya Sultan Kedah hadir, walaupun mendakwa masih belum menerima jemputan rasmi atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Kedah.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.