Regatta Lepa Semporna skala besar bakal dibuat

Iklan
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (tiga, kiri) diiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sembakong (kiri) melihat perarakan lepa cantik dan lepa tradisional sempena Regatta Lepa Semporna 2019 di Dataran Semporna hari ini. - Foto Bernama

SEMPORNA - Pesta air Regatta Lepa di Semporna akan dilaksana dalam skala lebih besar pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong berkata, perkara itu termasuk penyertaan khususnya daripada suku kaum Bajau Sama daripada daerah lain seperti Kota Belud, Kudat dan Sandakan.

Iklan
Iklan

"Kita akan libatkan mereka semua kerana perayaan ini bukan (untuk) Semporna sahaja tetapi perayaan pesta air Regatta Lepa Sabah," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana pesta itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perarakan masuk lepa atau perahu cantik dan berhias sempena Regatta Lepa Semporna Jubli Perak di Dataran Lepa Marin di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, Jaujan bersama tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menyaksikan lebih 700 lepa berarak masuk ke dataran lepa selain pertunjukan demonstrasi menyelamat di laut oleh pasukan keselamatan serta pertandingan sukan air rakyat.

Jaujan berkata, ketika ini pelaksanaan dan penyertaan lepa cantik dan berhias terhad berikutan lokasi dataran lepa yang sempit."(Tetapi) kita tidak tahu mungkin ada satu dataran lebih luas (dibuat) agar penyertaan itu tidak terhad selepas ini," katanya.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata pesta air kali ini mencatat penyertaan lepa terbanyak dengan lebih 700 lepa terdiri daripada sembilan lepa cantik termasuk kumpit dan lepa kecil.

Beliau berkata meskipun keadaan hujan dan redup, ia tidak menghalang perarakan lepa serta kemeriahan Regatta Lepa. – Bernama