KUCHING - Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan hingga Ogos ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.
Beliau berkata, sebagai lanjutan kepada pelan tindakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn Bhd, pemimpin masyarakat dan pengguna dinasihatkan melaporkan sebarang kejadian tekanan air rendah dengan segera atau masalah bekalan air di kawasan mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.