PDRM kenal pasti lebih 60 hot spot, black spot di ibu negara

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 50 hot spot dan 11 black spot (kawasan sering berlaku kemalangan) di seluruh ibu negara bagi menempatkan anggota trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas sempena Op Lancar dan Op Selamat menjelang Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara kawasan hot spot yang dikenal pasti ialah Jalan Kuching, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, fokus PDRM adalah untuk memastikan kelancaran pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Selain itu, pihak JSPT turut menempatkan anggota polis di bazar Ramadan terpilih di sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa ini. Begitu juga anggota tugas am yang ditempatkan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara, di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, JSPT Kuala Lumpur turut menempatkan anggota mereka di pusat beli-belah bagi mengawal lalu lintas seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Pusat Beli Belah Kenanga.

Setakat ini, Sarifudin berkata, kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri berjalan lancar dan terkawal.

Iklan

Pada Selasa lepas, PDRM melaksanakan Op Lancar bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, PDRM melancarkan Op Selamat bermula hari ini hingga 27 April yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor berkata, fokus Op Lancar adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri manakala Op Selamat adalah berfokus kepada meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. - Bernama