25 banduan Kelantan dapat pulang beraya
Iklan
Mohd Nasir berdiri (kiri) beramah-mesra dengan para banduan yang menyertai PBSL.
MACHANG - Seramai 25 banduan bersabit kesalahan dadah mendapat peluang pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dari Pusat Koreksional Machang di sini pada Rabu.
Pengarah Pusat Koreksional Machang, Penolong Kanan Komisioner Mohd Nasir Yusof berkata, kesemua banduan lelaki itu dibebaskan melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
"Mereka berusia antara 20 hingga 60 tahun yang menjalani hukuman penjara kurang setahun.
Iklan
Iklan
"Banduan-banduan ini sudah melalui tapisan yang ketat dan mempunyai rekod disiplin serta kerohanian amat baik sepanjang menjalani hukuman di dalam penjara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis PBSL di penjara itu pada Rabu.
Menurut beliau, PBSL mampu mengatasi kesesakan dalam penjara selain memberi peluang kedua kepada banduan untuk bersedia dan kembali berada dalam masyarakat.
Iklan
"Di bawah PBSL juga, meraka akan bekerja di bawah majikan-majikan yang terpilih merangkumi bidang antaranya automotif, pengilangan dan pembuatan makanan.
"Kebanyakan mereka mempunyai baki hukuman penjara antara tempoh sebulan hingga empat bulan sebelum bebas sepenuhnya,” katanya.
Iklan
Tambah beliau, secara keseluruhan tahun ini sehingga Rabu, seramai 275 banduan terpilih menyertai program PBSL manakala 607 banduan menyertai program sama tahun lalu.
"Mereka yang melanggar syarat seperti mengulangi kesalahan boleh dibatalkan daripada menyertai program ini.
"Jabatan Penjara tidak fokus terhadap hukuman semata-mata, sebaliknya melebarkan kefungsiaan kepada pemulihan para banduan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>