'Tidak sabar bertemu ibu, ayah'
Iklan
Nik Kamil (dua dari kanan) bertemu Azeezi selepas dibebaskan atas pertuduhan membunuh warga emas empat tahun lalu.
KOTA BHARU - Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dua hari lagi cukup bermakna buat seorang buruh selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang warga emas empat tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahan tertuduh, Nik Kamil Nik Arif, 42.
Iklan
Iklan
Nik Kamil ketika ditemui pemberita menerima keputusan mahkamah dengan penuh kesyukuran selain teruja dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga selepas empat tahun tiga bulan berada di penjara.
"Saya tidak sabar bertemu ibu dan ayah serta adik beradik lain yang tidak pernah putus asa memberi sokongan," katanya.
Iklan
Lebih menggembirakan katanya, selama di penjara, dia mampu khatam al-Quran sebanyak dua kali dan solat lima waktu.
"Banyak aktiviti bermanfaat dilakukan termasuk mendengar ceramah dan belajar ilmu agama," katanya.
Iklan
Bagaimanapun Nik Kamil memberitahu, dia belum merancang membuat sebarang persediaan untuk hari raya kerana paling utama ialah bertemu keluarga.
Sebelum itu, Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaaan.
Nik Kamil dituduh membunuh Hamid Mat Salleh, yang ketika itu berusia 84 tahun pada 26 Januari 2019 kira-kira jam 5 pagi di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah dalam Jajahan Tanah Merah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki memukul warga emas berusia 84 tahun kerana tidak mahu membayar rokok yang diambil.
Mangsa dipercayai dipukul dengan cangkul dan kuku kambing.
Roslan sebelum membacakan keputusan tidak bersalah terhadap tertuduh berhujah, cangkul yang ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian tidak langsung mempunyai kesan darah sama ada darah tertuduh atau mangsa.
Keadaan itu menimbulkan persoalan dan keraguan kepada sama ada cangkul berkenaan digunakan dalam kejadian tersebut sedangkan kuku kambing ditemui di tempat kejadian dengan penuh berlumuran darah.
Roslan turut berhujah bahawa kematian mangsa ialah pendarahan yang banyak disebabkan luka tetak di lengan kiri.
Sepanjang sesi perbicaraan, pendakwaan memanggil lapan saksi ke mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan Aida Abdul Jabar manakala tertuduh diwakili peguam bela Azeezi Nordin.
Pihak pembelaaan di akhir pembelaan turut berhujah bahawa tertuduh berada dalam bilik tidurnya di rumah yang didiami bersama bapanya pada jam 5 pagi.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.