PBB: 185 terbunuh dalam pertempuran di Sudan
Iklan
NEW YORK - Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.
Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya.