Adakah rakyat Malaysia bersedia lalui gelombang cuaca panas?

Iklan
Cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya. - Gambar hiasan

CUACA panas yang berlaku sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan kesedaran bahawa perubahan cuaca yang drastik bakal berlaku dalam negara kita.

Dalam sedang menjalani ibadah puasa, jutaan rakyat Malaysia tertanya-tanya, adakah keadaan fenomena cuaca panas luar biasa hanya sementara atau bakal kekal untuk beberapa bulan.

Iklan
Iklan

Pakar Klimatalogi, Dr Fredolin Tangang telah memberi amaran awal bahawa cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya.

Beliau berkata, monsun tersebut mengakibatkan cuaca paling kering dengan suhu maksimum melebihi 35 darjah celcius, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Iklan

Tidak dinafikan, perubahan cuaca tidak menentu berlaku akibat pemanasan global yang berterusan, selain faktor perubahan monsun.

Malah, restoran dan kafe atau pihak yang terlibat dalam sektor penyediaan makanan akan menghadapi kesan kerugian akibat ketiadaan bekalan air.

Iklan

Justeru, kerajaan disarankan untuk mengkaji semula perancangan dalam menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu.

Sekurang-kurangnya, jika kerajaan mempunyai pelan komprehensif dan menyeluruh, impak yang diterima rakyat tidaklah seteruk seperti mana yang berlaku ketika kali terakhir cuaca panas melanda negara.

Mungkin kita harus mengkaji semula adakah kita bersedia melalui krisis bekalan air yang bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan seharian, malah pertumbuhan ekonomi negara.