Anthony Loke nafi tiket KL-Tawau mahal
Iklan
Tangkap layar kenyataan Facebook Anthony Loke.
SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan harga tiket kelas ekonomi bagi penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri dijual mahal.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan tersebut telah habis dijual dan ketika ini tiket yang tinggal adalah kelas perniagaan.
Iklan
Iklan
"Saya merujuk kenyataan dalam Facebook Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138.
"Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.
Iklan
Pada Ahad, Ka Siong mempertikaikan harga tiket penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.
Menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, Ka Siong berkata, hasil semakan mendapati tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini (20 April 2023) menjangkau RM3,138.
Iklan
Sementara itu, Anthony berkata, fakta mengenai harga tiket penerbangan tersebut perlu diperbetulkan.
Beliau juga yakin bahawa Ka Siong yang merupakan mantan Menteri Pengangkutan faham perbezaan antara harga tiket kelas perniagaan dan kelas ekonomi.
Justeru, Anthony menyatakan akan mengadakan sidang media khas pada pukul 12 petang pada Isnin di Kementerian Pengangkutan untuk memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan bagi musim Hari Raya pada tahun ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>