Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?

Iklan
Negeri Haryana dan Kerala telah mewajibkan semula pemakaian pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga. - Foto Agensi

NEW YORK - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengawasi subvarian baharu Covid-19 digelar Arcturus selepas ia mencetuskan lonjakan kes di India, baru-baru ini.

XBB.1.16 yang merupakan rekombinan dua varian Omicron, BA.2 yang lain pertama kali dikesan pada akhir Januari lalu.

Iklan
Iklan

Kajian makmal mendapati Arcturus yang mempunyai gejala sama seperti varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk berupaya meningkatkan kejangkitan serta potensi peningkatan patogenik.

Pada bulan lalu, Arcturus telah menyebabkan peningkatan sebanyak 13 kali ganda kes di New Delhi yang menyaksikan jumlah kes mencecah angka mingguan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.

Iklan

Sebagai langkah berjaga-jaga, negeri Haryana dan Kerala telah mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam serta sekolah.

Nama subvarian itu dipopularkan oleh Dr Vipin Vashishtha yang menggunakan hashtag menerusi ciapan yang memberi amaran tentang peningkatan kes disebabkan Arcturus pada 17 Mac lalu. - Agensi

Iklan