MPHS cipta nama dalam Malaysia Book of Record

Iklan
Siti Hajar (kanan) menyampaikan pengiktirafan MBR kepada Mohd Hasry (kiri) sambil disaksikan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han (tengah) semasa Majlis Perasmian WLAM di Bukit Beruntung Golf and Country pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor menempa nama dalam Malaysia Book of Record (MBR) menerusi penganjuran sambutan Seminar Bulan Senibina Landskap Sedunia (WLAM).

Pengiktirafan itu diperoleh menerusi 'Living World and Nature' sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang menganjurkan sambutan WLAM setiap tahun sejak mula dilaksanakan pada 3 April 2016.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pencapaian cemerlang dalam mengangkat dan memartabatkan seni landskap.

"Pengiktirafan ini juga menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk penganjurannya pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sijil Pengiktirafan itu disampaikan wakil MBR, Siti Hajar Johor kepada Mohd Hasry semasa Majlis Perasmian WLAM di Bukit Beruntung Golf and Country pada Sabtu.

Katanya, WLAM adalah satu program antarabangsa dianjurkan oleh American Society of Landscape Architect (ASLA) dengan penganjuran bersama International Federation of Landscape Architects (IFLA) yang diadakan sepanjang April pada setiap tahun.

Iklan

Dalam majlis sama, Mohd Hasry memberitahu, MPHS turut melancarkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor Landscape Blueprint (HSLaBP) 2035 yang pertama.

Jelas beliau, pelan tindakan itu akan diguna pakai sebagai garis panduan landskap dalam daerah Hulu Selangor yang lengkap bagi rujukan pelan pembangunan landskap dan penyelenggaraan.

"Pelan tindakan ini juga meliputi perancangan pembangunan reka bentuk landskap dalam daerah Hulu Selangor bagi membangunkan taman awam selari dengan kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk di daerah ini," tambahnya.