Anggota tentera maut di Hutan Belum, siasatan dalam dilakukan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

LUMUT - Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dalaman secara terperinci insiden kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Rabu lepas.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, kementerian akan memaklumkan hasil siasatan kematian Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang itu, kepada umum.

Iklan
Iklan

"Kita akan buat siasatan di peringkat dalaman kerana saya yakin ahli keluarga (anggota tentera tersebut) mahu tahu kenapa perkara itu berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas Dua Md Nawawi Md Kassim, 67, yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya tahun lepas.

Iklan

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan hasil bedah siasat dilakukan Hospital Permaisuri Bainun mendapati kematian Mohammad Nasri berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.

Mayatnya dijumpai pada Rabu oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangannya di pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas semasa operasi penugasan di kawasan itu.

Iklan

Jenazah Mohammad Nasri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di Pulau Pinang, petang semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Nurhayatul Husna Abdul Muttalib, 30, serta sepasang anak Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2. - Bernama