Lagi dua direman kes seleweng dana pusat urut RM9 juta
Iklan
PUTRAJAYA - Dua individu masing-masing bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat berhubung isu pembelian minyak urut bernilai anggaran RM9 juta.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).