Bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun

Iklan
Abang Johari

GEDONG - Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, bantuan kewangan itu tidak diberikan mengikut perayaan tertentu termasuk semasa Aidilfitri yang akan tiba.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, pada hujung tahun nanti baru kita beri (bantuan kewangan atau bonus) supaya dapat bantu ibu bapa berbelanja bagi keperluan pembukaan sekolah anak-anak mereka. Sekolah lebih penting, sebab itu saya beri bonus pada hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian cek pampasan bagi projek ‘Masterplan For Mini Isthmus Gedong’ di sini pada Rabu.

Iklan

Pada 1 Disember lepas, ketika menggulung perbahasan Bajet 2023 Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri itu, Abang Johari mengumumkan bayaran insentif khas satu setengah bulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Beliau turut mengumumkan bayaran insentif khas sebanyak RM500 untuk kira-kira 137,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan kesemua bayaran berkenaan telah dibuat sebelum penghujung tahun lepas. - Bernama

Iklan