Covid-19: Peningkatan kluster pendidikan masih terkawal
Iklan
Fadhlina Sidek
SHAH ALAM - Peningkatan mendadak kes Covid-19 melibatkan kluster pendidikan baru-baru ini masih dalam keadaan terkawal dengan langkah-langkah intervensi telah diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, pelbagai langkah intervensi dilakukan antaranya menyediakan bilik isolasi, memberi peringatan kepada guru dan pelajar berhubung peningkatan wabak berkenaan dan meminta ibu bapa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka sebelum dihantar ke sekolah.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, beliau berkata, saringan ke atas murid di sekolah akan dilakukan mengikut keperluan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Kita menerima nasihat daripada KKM dari masa ke masa dan pemantauan sentiasa dilaksanakan oleh KKM dan KPM. Kita minta semua ambil serius tentang isu ini. Ini bukan wabak yang tidak pernah kita harungi dan kita tahu bagaimana ia tersebar dan bagaimana ia boleh dihentikan.
Iklan
"Jadi kita minta semua pihak mengawal dan mengambil perhatian tentang isu kesihatan masing-masing terutamanya ketika musim Hari Raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jerayawara Pendidikan MADANI peringkat Selangor di sini pada Jumaat.
KKM sebelum ini memaklumkan sebanyak 11 kluster pendidikan dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-13 2023 (ME13/2023), dari 26 Mac hingga 1 April berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lepas, serta pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti sekolah yang lalu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>