DOF nafi ikan tilapia tidak selamat dimakan
Iklan
SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menafikan dakwaan ikan tilapia tidak selamat dimakan dan menyebabkan kanser kepada pengguna.
Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, hebahan palsu di WhatsApp itu mendakwa ikan tilapia tidak selamat untuk dimakan dan menyebabkan penyakit seperti kanser adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi menakutkan pengguna di negara ini.
"Ikan tilapia merupakan ikan air tawar yang popular di kalangan masyarakat Malaysia selain ikan keli," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.