Johor terima pelaburan terbesar dari China
Iklan
Ting Han (tiga dari kiri) mengadakan lawatan ke tapak projek RTS di Stulang Laut pada petang Selasa.
JOHOR BAHRU - Johor dijangka menerima limpahan ekonomi terbesar daripada pelaburan RM170 bilion yang dibawa masuk dari China hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu baru-baru ini.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, daripada keseluruhan nilai pelaburan itu kebanyakan syarikat dijangka mendarat di Johor untuk meneroka pelbagai bidang termasuk petrokimia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd telah menyatakan minat untuk melabur di Pengerang.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah berjumpa pengurusan tertinggi syarikat Rongsheng di Beijing, China baru-baru ini dan berjaya mendapatkan komitmen syarikat untuk melabur di Malaysia.
Iklan
"Sebelum Rongsheng Petrochemical Co Ltd membuat keputusan untuk melabur di Malaysia, kita telah bantu mereka sejak Julai lalu di mana mereka telah mengadakan lawatan beberapa kali ke kawasan Pengerang.
"Malah, pihak syarikat berkenaan juga telah mengadakan perbincangan beberapa kali dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di bangunan kerajaan negeri sebelum bertemu di Singapura, Februari lalu," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek RTS di Stulang Laut di sini pada petang Selasa.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Sabtu lalu, Perdana Menteri mengumumkan Malaysia meraih pulangan pelaburan sebanyak RM170 bilion daripada pelabur China, menyaksikan pelaburan yang paling tinggi dalam sejarah.
Anwar dilaporkan berkata, melalui perolehan pelaburan menunjukkan bahawa pelabur dari republik berkenaan yakin terhadap ekonomi Malaysia.
Daripada keseluruhan komitmen China, dianggarkan sebanyak RM80 bilion akan dilabur oleh Rongsheng Petrochemical bagi kilang penapisan petrokimia di Pengerang.
Ting Han berkata, jika projek berkenaan dapat direalisasikan ia akan menjadi projek terbesar di negara ini selepas projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) oleh Petronas di Pengerang.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.