Bonus Aidilfitri RM700 buat penjawat awam Terengganu - MB
Iklan
Ahmad Samsuri - Foto Awani
KUALA TERENGGANU - Lebih 12,000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima durian runtuh RM700 sebelum perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian Bantuan Khas Aidilfitri itu membabitkan peruntukan hampir RM9 juta.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, pemberian bonus itu bagi sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam yang komited dalam melaksanakan tugas mereka.
"Kita menyedari semua kakitangan kerajaan telah berusaha bekerja dengan begitu keras sekali untuk mengembalikan ekonomi negeri dalam keadaan yang lebih baik dan Alhamdulillah kita merasa sangat gembira dengan pencapaian kita dan itu (bonus) sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada mereka semua,” kata beliau.
Iklan
Dalam masa sama, beliau berharap bantuan kewangan itu dapat meringankan beban penjawat awam di negeri itu dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Pada tahun lepas kerajaan negeri memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam di negeri itu. - Awani
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>