Permohonan saman terhadap Abdul Hadi dibatalkan

Iklan
Abdul Hadi

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, membatalkan permohonan dua penganut Kristian dari Sabah untuk mengembalikan saman terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu menghasut terhadap penganut agama itu, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas mendapati permohonan itu dibuat tanpa mengikut aturan.

Iklan
Iklan

Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harminder Singh Dhaliwal.

Mahkamah juga tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Iklan

Ketika prosiding dibuat secara dalam talian, peguam, R. Kengadharan hadir bagi pihak Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian manakala Abdul Hadi oleh peguam, Yusfarizal Yussof.

Pada 9 Disember 2020, Maklin dan Lawrence selaku plaintif memfailkan saman dengan mendakwa bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri ini telah mengeluarkan satu penyataan menghasut berhubung penganut atau mubaligh Kristian.

Iklan

Mereka mendakwa Abdul Hadi telah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut agama itu dan mubalighnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada 18 Januari 2016.

Mahkamah Rayuan pada 16 Ogos 2022, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu atas alasan saman tersebut tidak boleh dipertahankan dan seharusnya dibatalkan.

Kedua-dua plaintif melalui saman pemula itu antara lain memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi telah melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.