Keyakinan Pas tawan Selangor hanya omong kosong - Amanah

Iklan
Wan Anwar

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menyifatkan keyakinan Pas Selangor untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) satu 'omong kosong'.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, ini kerana negeri ditadbir Pas tidak menunjukkan kemajuan berbanding kemampuan negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"PH Selangor percaya rakyat di negeri ini akan terus menyokong kepimpinan PH yang telah terbukti bersungguh-sungguh dalam memajukan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Amanah Selangor bersama PH akan terus berjuang untuk kepentingan rakyat dan sentiasa mempertahankan keadilan dan kebenaran dalam mentadbir negeri berkenaan.

Iklan

"Kami mengajak semua pihak supaya bekerjasama dalam memajukan negeri Selangor dan Malaysia secara keseluruhan.

"Kami juga ingin menekankan bahawa Amanah Selangor akan terus berada di sisi rakyat Malaysia dan memperjuangkan kepentingan rakyat dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab," tambah kenyataan itu.

Iklan