Daftar tanda pengenalan haiwan ternakan
Iklan
Ibrahim Bakri (tengah) dan Ganti (dua, kanan) pada Majlis Dialog Ketua Jajahan Machang dan Ketua-Ketua Jabatan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Kok Kiak.
MACHANG - Pendaftaran tanda pengenalan haiwan akan dilaksanakan secara berperingkat di daerah Machang dalam usaha menyelesaikan masalah dan pertikaian hak milik ternakan.
Ketua Jajahan Machang, Ibrahim Bakri Mat Deris berkata, tanda pengenalan haiwan yang memberi identifikasi kekal dapat membantu untuk melaksanakan tindakan undang-undang bagi kes kecurian yang dibawa ke mahkamah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, banyak pertikaian yang berlaku membabitkan haiwan ternakan terutama yang dibiar lepas bebas tanpa pemantauan daripada pemilik.
"Pertikaian mula wujud apabila ada kes kecurian, kes merosakkan ternakan dan juga kemalangan jalan raya. Dengan melaksanakan tanda pengenalan haiwan ini, semua masalah itu dapat diatasi.
Iklan
"Tanda pengenalan ini melibatkan semua haiwan ternakan termasuk lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang mana akan dilakukan secara berperingkat bermula di Mukim Baka,” katanya pada Majlis Dialog Ketua Jajahan Machang dan Ketua-Ketua Jabatan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Kok Kiak di sini.
Mohd Roseli berkata demikian bagi menjawab soalan penduduk mengenai masalah kecurian haiwan ternakan khususnya lembu yang dilihat semakin menjadi-jadi.
Iklan
Menurut penduduk, kira-kira 37 kes curi lembu direkodkan di kawasan tersebut sejak tahun lalu dan ia menjejaskan pendapatan penternak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>