Polis nafi kemalangan berpunca daripada sekatan jalan raya JPJ

Iklan
Gambar tular kemalangan di kilometer 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara pada Selasa.

KLANG - Polis menafikan dakwaan penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan telah meninggal dunia berpunca daripada sekatan jalan raya yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kilometer 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia 21 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Iklan
Iklan

"Terdapat 'voice note' menyatakan mangsa telah meninggal dunia dan ia berpunca daripada sekatan jalan raya yang dilakukan JPJ berdekatan dengan selekoh jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Vijaya Rao berkata, waris kepada penunggang motosikal itu telah tampil membuat laporan di Kaunter Perkhidmatan Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 9.24 pagi Khamis.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati gambar yang ditular itu memperlihatkan tindakan pegawai JPJ yang sedang melakukan kawalan lalu lintas di Iorong kanan bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144," katanya.