Kelantan negeri perpaduan
Iklan
Norwahidah (tengah) bersama sebahagian peserta Jelajah Wacana Muhibah Budaya di Wat Phothikyan Phuttaktham, Kampung Balai, semalam.
BACHOK - Kelantan boleh dianggap sebagai negeri perpaduan contoh di semenanjung Malaysia kerana pelbagai kaum menjalani kehidupan dalam suasana harmoni sejak zaman berzaman.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan, Norwahidah Zinalibdin berkata, tidak berlaku ketegangan kaum di negeri yang dikenali sebagai Serambi Makkah ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Masjid Beijing diilhamkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Rantau Panjang memberi gambaran rakyat negeri ini menerima kepelbagaian kaum dan budaya.
"Kepelbagaian ini memberi ilham kepada kerajaan untuk mengadakan program Hari Kepelbagaian Budaya di Kelantan,” katanya.
Iklan
Norwahidah berkata, hasrat itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy selepas menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai kaum di Tumpat, baru-baru ini.
"Lazimnya orang akan merujuk Sabah dan Sarawak sebagai negeri perpaduan, tapi jika di semenanjung, Kelantan sebagai negeri contoh,” katanya.
Iklan
Kumpulan Citra Budaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Golok mempersembahkan tarian tradisional Siam.
Beliau berkata demikian pada program Jelajah Wacana Muhibah Budaya di Wat Phothikyan Phuttaktham, Kampung Balai, semalam.
Program selama empat hari itu turut diadakan di rumah ibadat lain iaitu Masjid Beijing, Rantau Panjang; Kuil Sri Muthumariamman, Tumpat; Church Of Out Lady Fatima dan Sri Gurdwara Shahib di Kota Bharu.
Norwahidah berkata, program itu memberi peluang kepada masyarakat mengenali budaya di negeri ini menerusi konsep silang budaya.
"Kita mahu menonjolkan budaya di rumah ibadat yang bukan sahaja dijadikan tempat untuk acara keagamaan semata-mata,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>