Kes denggi di Pahang meningkat

Iklan
Operasi bersepadu wabak denggi oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Kampung Padang Jaya di sini, baru-baru ini.

KUANTAN - Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 147.8 peratus (136 kes) berbanding 92 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiada kes kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini.

Menurutnya, Kuantan merekodkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 119 kes (52.2 peratus) diikuti Bera (19 kes), Temerloh (18 kes), Raub (17 kes), Maran (15 kes), Bentong (11 kes), Rompin (11 kes), Lipis (8 kes), Cameron Highlands (4 kes), Jerantut (3 kes) dan Pekan (3 kes).

Iklan

"Susulan itu, tindakan pencegahan dan kawalan telah dijalankan dengan 117,412 (23.2 peratus ) premis telah diperiksa dalam tempoh tersebut.

"Sebanyak 1,065 premis dikesan positif pembiakan aedes, 78,516 premis telah dijalankan kerja-kerja 'larvaciding' dan 90,195 premis dibuat semburan kabus," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Nor Azimi berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, 35 premis ditawarkan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dengan jumlah keseluruhan RM17,500.