Gagal jawab soalan, timbalan menteri didesak letak jawatan
Iklan
Ahmad Marzuk (empat dari kanan) ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Isnin.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen blok pembangkang mendesak supaya Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying supaya meletak jawatan kerana didakwa gagal menjawab soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini mana-mana menteri atau timbalan yang hadir dalam persidangan gagal menjawab soalan yang dikemukakan.
Iklan
Iklan
"Jadi, saya minta timbalan menteri yang tidak kompeten ini letak jawatan. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana soalan sememangnya telah disediakan awal tetapi saya tidak tahu sekiranya timbalan menteri tidak masuk ke pejabat.
"Kami (pembangkang) pernah menjadi menteri dan timbalan menteri sebelum ini. Kita tahu jawapan telah disediakan lama,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Isnin.
Iklan
Terdahulu, Timbalan Yang Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Hui Ying selepas memaklumkan dirinya tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang dibangkitkan Ahmad Marzuk.
Jelas Ramli, situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana menteri atau timbalan menteri perlu bersedia dengan jawapan yang akan dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat.
Iklan
Ahmad Marzuk dalam sesi pertanyaan jawab lisan meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan mengenai peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan Program Rancangan Khas (RMT).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>