179 mangsa banjir dipindahkan ke empat PPS

Iklan
Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat PPS di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan malam tadi. - Gambar hiasan

IPOH - Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan malam tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.

Iklan
Iklan

"PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, tiada jalan yang terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.

Iklan

Katanya, sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir. - Bernama

Iklan