Subsidi penjagaan anak untuk pekerja swasta dipertimbang

Iklan
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pemberian subsidi kepada pekerja wanita swasta bagi tujuan penjagaan kanak-kanak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pemberian subsidi kepada pekerja wanita swasta bagi tujuan penjagaan kanak-kanak sekali gus memastikan lebih ramai wanita boleh bekerja selepas melahirkan anak.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya kira sebagai satu cadangan yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan,” katanya.

Sebelum itu Yeo Bee Yin (PH-Puchong) menyuarakan sama ada kerajaan bercadang memberikan subsidi kepada pekerja wanita swasta bagi tujuan penjagaan anak seperti yang diterima oleh penjawat awam.

Iklan

Kerajaan juga menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak untuk menerima subsidi itu daripada RM5,000 kepada RM7,000.

Dalam pada itu, Aiman Athirah turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sebarang peruntukan bagi tujuan menubuhkan jabatan pembangunan kanak-kanak (JPKK) dalam Belanjawan 2023.

Iklan

Bagaimanapun, kementerian itu menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan usaha bagi membolehkan penubuhan jabatan ini dapat direalisasikan.

"Kita tidak menerima sebarang peruntukan berkaitan dengan penubuhan jabatan pembangunan kanak-kanak,” katanya.

Meskipun begitu, jelas beliau, JKM telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi memperincikan dan memurnikan dokumen penubuhan JPKK tersebut.

Katanya, usaha berkenaan adalah sebagai fasa permulaan untuk memastikan JPKK boleh berdiri sendiri sebagai salah satu agensi penting di bawah kementerian itu,

"JKM juga telah membuat persediaan dalam menguatkuasakan bahagian kanak-kanak bawah JKM dengan menyediakan rangka cadangan bagi penubuhan JPKK yang melibatkan pegawai perundangan, pegawai berkaitan kementerian, JKM serta agensi-agensi berkaitan,” katanya.