Kes denggi di Kedah catat peningkatan
Iklan
Mohd Hayati
ALOR SETAR - Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, walau bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu.
"Daripada 82 wabak denggi yang dilaporkan, 57 wabak sudah tamat, 24 masih aktif dengan satu wabak 'hotspot'," katanya dalam satu kenyataan pada khamis.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Hayati berkata, Jabatan Kesihatan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan di semua kawasan berlakunya kes serta wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.
"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Mac juga, sebanyak 74,257 premis diperiksa dan 1,812 kompaun dengan nilai RM885,917 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
Iklan
Ujarnya, mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Kedah diadakan pada Selasa bagi meningkatkan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha kawalan dan pencegahan denggi.
"Dengan peningkatan jangkitan Denggi di negeri Kedah, kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam usaha kawalan wabak dan kes juga sangat mustahak.
"Seluruh anggota masyarakat diseru bersama-sama memikul tanggungjawab dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan wabak," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>