California dilanda hujan lebat, salji

Iklan
California terus dilanda hujan lebat dan salji pada Selasa. - Foto 123RF

LOS ANGELES - California terus dilanda hujan lebat dan salji pada Selasa, hingga mencetuskan kejadian banjir, mengakibatkan gangguan elektrik dan menjejaskan lalu lintas.

Ribut dijangka melanda Pantai Barat pada Selasa membawa hujan lebat, salji dan angin kencang, lapor Xinhua memetik Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (NWS).

Iklan
Iklan

Hujan paling lebat dijangka tertumpu di kawasan California Selatan, menurut ramalan itu.

Amaran banjir telah dikeluarkan untuk kebanyakan daerah termasuk Santa Barbara, Ventura dan Los Angeles.

Iklan

Pada enam bulan lalu, California dilanda musim kemarau yang berlarutan selama tiga tahun. - Bernama

Iklan