Hari Air Sedunia

Iklan

Kanak-kanak bermain air di sungai pada tinjauan di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, hari ini.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun bertujuan menghargai sumber air dan meningkatkan kesedaran krisis air antarabangsa selaras dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Air dan sanitasi untuk semua menjelang tahun 2030.

Iklan
Iklan

Tema Hari Air Sedunia kali ini adalah 'Be the change', mendorong orang ramai untuk mengambil tindakan dalam kehidupan mereka sendiri untuk mengubah cara menggunakan, mengambil dan mengurus air.

Air ialah sumber kehidupan yang merangkumi isi rumah, makanan, budaya, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan persekitaran semula jadi. Pengabaian salah satu daripada nilai-nilai ini akan meningkatkan risiko dalam salah urus sumber air. - Foto Bernama

Iklan
Iklan