7 maut stor bunga api meletup di Mexico
Iklan
MEXICO CITY - Tujuh maut manakala 15 cedera selepas sebuah rumah menghasilkan dan menyimpan bunga api tanpa lesen meletup.
"Letupan berlaku dalam sebuah rumah yang disyaki menjadi stor rahsia untuk menyimpan bunga api yang diperoleh dari kilang," kata pejabat perlindungan awam negeri, Morelos.