Menu Rahmah set patin tempoyak
Iklan
Khairul Izwandy menunjukkan set Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.
Menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan kempen Menu Rahmah, restoran Temerloh Catering di Setia Alam, Selangor turut mengambil inisiatif memperkenalkan Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.
Pengarah Urusannya, Khairul Izwandy Abdul Jazam berkata, menu berharga RM5 itu berupa satu set lengkap ikan patin dan nasi serta air putih.
Iklan
Iklan
"Bezanya kami berikan ikan bersaiz kecil untuk Menu Rahmah, sesuai dengan harga RM5 yang dikenakan.
"Saya mengalu-alukan orang ramai untuk merasainya sendiri. Kami masih menjaga kualiti menu ini, tidak sekali-kali kami menurunkan gred ramuan yang digunakan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Iklan
Kenyataan beliau itu sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan bahawa ikan patin gred rendah digunakan untuk Menu Rahmah Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.
Khairul Izwandy berkata, antara pengunjung yang pernah merasai Menu Rahmah di Temerloh Catering ialah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin.
Iklan
Set ikan patin tempoyak asli sangkar yang diberi nama Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.
"Saya ada jemput beliau untuk datang menikmati hidangan menu ini dan antara komen beliau di Facebooknya selepas merasai menu ini adalah beliau berpuas hati, katanya ‘memang sedap, puas makan’.
"Jadi bagi mereka yang masih sangsi saya jemput untuk datang rasa sendiri. Bagi saya menu ini berbaloi cuma orang kena faham dengan harga RM5 mereka tak akan dapat saiz ikan besar, jadi saiz ikan patin sedikit kecil,” katanya.
Sementara itu menyentuh mengenai sambutan terhadap menu berkenaan, Khairul Izwandy berkata, jualan set makanan tersebut laris setiap hari.
"Kita menyediakan 20 sehingga 30 set setiap hari di cawangan Temerloh Catering Setia Alam. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakan daripada masyarakat setempat,” katanya.
Jelasnya, perniagaan Temerloh Catering dimulakan oleh ibu bapanya 25 tahun lalu di Temerloh, Pahang dan akan perluaskan lagi perniagaan ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>