Terengganu tanam 1 juta pokok sejak 2021
Iklan
Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) ketika hadir menyempurnakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu di Lembaga Muzium Negeri pada Selasa.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Perhutanan Negeri telah berjaya menanam sebanyak satu juta pokok di seluruh negeri ini hasil kerjasama pelbagai pihak sejak 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak 500,000 pokok lagi disasarkan dapat ditanam pada tahun ini dan usaha tersebut bagi menjayakan Kempen Penanaman 100 juta pokok.
Iklan
Iklan
"Sepertimana kita sedia maklum, kempen penghijauan Malaysia dilaksanakan untuk mencapai objektif memperkayakan khazanah hutan kita.
"Kerajaan negeri sentiasa komited menyokong usaha positif memastikan khazanah hutan negeri terus kekal dan dipelihara serta dapat dimanfaat sebaik mungkin, saya harap sasaran 500,000 pokok tahun ini dapat dicapai,” katanya.
Iklan
Beliau berkata ketika hadir menyempurnakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Roslan Rani di Lembaga Muzium Negeri pada Selasa.
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemuliharaan hutan untuk kestabilan dan kesejahteraan alam sejagat.
Iklan
Sementara itu, Roslan berkata, sebanyak 3,000 pokok telah ditanam di sekitar Muzium negeri melibatkan pelbagai spesis pokok dalam tempoh tiga hari bermula 18 Mac lalu melibatkan keluasan tanah lima hektar.
Katanya, antara spesis yang ditanam adalah Merawan Siput Jantan, Chengal, Balau, Keruing, Meranti Sarang Punai, Meranti Tembaga dan Kelat Paya selain pokok buah-buahan seperti manggis, mata kucing, durian belanda dan nona.
Beliau turut memaklumkan, seramai 120 peserta telah menghadiri kursus dan dilantik sebagai Malim Gunung Perhutanan (MGP) di negeri Terengganu.
"MGP berperanan sebagai jurupandu arah pendakian terdiri daripada penduduk tempatan yang telah hadir dengan jayanya Kursus MGP seterusnya didaftarkan sebagai MGP.
"Mereka juga akan berperanan membantu JPNT mengurus pelawat dan menjadi first responder sekiranya berlaku kemalangan di hutan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>