DUN Johor: Pengimbang ganti istilah pembangkang

Iklan
Pembangkang di DUN Johor kini dikenali sebagai pengimbang.

ISKANDAR PUTERI - [KEMAS KINI] Istilah pengimbang kini digunakan bagi merujuk kepada pihak pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penggunaan istilah pengimbang sejajar dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Iklan
Iklan

"DUN Johor mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang.

Sewaktu merasmikan pembukaan persidangan DUN Johor pada Khamis, Sultan Ibrahim bertitah gelaran 'pembangkang' yang diberikan kepada ahli dewan di pihak bukan kerajaan sebagai kurang sesuai kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan semata-mata.

Iklan

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu, BN menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN.

Pakatan Harapan (PH) menang 12 kerusi dan MUDA memenangi satu kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi.

Iklan