Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Iklan
HARAPAN Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.
Perseorangan nombor empat dunia itu, kini dalam misi menebus prestasi tidak konsistennya, berdepan satu lagi kekalahan selepas tewas 19-21, 13-21 kepada Shi selepas 43 minit bertarung di Utilita Arena, Birmingham.