Mangsa banjir di Kuching meningkat kepada 241 orang

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini meningkat kepada 241 orang daripada 68 keluarga malam ini berbanding 160 orang daripada 41 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak setakat malam ini juga, dua PPS masih aktif.

Iklan
Iklan

PPS Dewan Sinar Budi Baru menempatkan 144 orang daripada 31 keluarga, manakala PPS Dewan Stapok Batu Kawa menempatkan 97 mangsa daripada 37 keluarga. - Bernama

Iklan
Iklan