Tujuh lelaki pakai seluar pendek diberi notis amaran
Iklan
Tujuh lelaki terima notis amaran bawah kesalahan aurat dan enam unit dapur shisha disita semasa Ops Bersepadu di Gertak Chaber, Tanah Merah.
TANAH MERAH - Tujuh lelaki menerima notis amaran dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) bawah kesalahan aurat, memakai seluar pendek paras paha di sini pada Jumaat.
Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki belasan tahun dan 20-an itu hasil Ops Bersepadu yang diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Iklan
Iklan
Menurut sumber dalaman MDTM, operasi tersebut dibuat ekoran daripada aduan awam yang diterima berkenaan terdapat aktiviti perniagaan shisha yang dijalankan di sebuah kedai makan berhampiran Gertak Chaber.
"Dalam operasi itu, kami telah menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan bawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2009.
Iklan
"Pada masa sama, PKD juga telah mengeluarkan 11 kompaun bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dengan nilaian sebanyak RM1,900.
"Lima kompaun bawah Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilaian RM1,500 yang menjadikan keseluruhan kompaun sebanyak RM3,400," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Menurut sumber, Bahagian Penguatkuasaan MDTM akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti shisha di sini.
Ujarnya, MDTM mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkait dengan aktiviti menyalahi peraturan dan udang-undang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>