Kadar zakat fitrah Kelantan kekal RM7

Iklan
Mohamad Rizam

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri ini kekal sebanyak RM7.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun individu digalakkan untuk membuat bayaran sebanyak RM14 atau RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan.

Iklan
Iklan

"Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, bayaran juga boleh dibuat menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini.