Angka kematian akibat Siklon Freddy cecah 99 orang
Iklan
Bumbung sekolah yang musnah tercabut ketika Siklon Freddy di sebuah taman permainan di Vilanculos, Mozambique. - AP
BLANTYRE - Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy melanda Malawi mencecah 99 nyawa dengan 85 kematian direkodkan di bandar komersial Blantyre pada Isnin.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Bencana dan Pengurusan (DoDMA), Charles Kalemba, mengesahkan perkembangan itu pada taklimat media yang diadakan di Blantyre petang Isnin, sambil menambah bahawa beribu-ribu penduduk telah dipindahkan, lapor Xinhua.