'Cari kesalahan orang lain untuk nampak hebat' - Radzi

Iklan
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kelima Tahun 2022 di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan yang berlaku ke atas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai alasan untuk menutup kegagalan kerajaan pada hari ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa, kerajaan hari ini hanya mencari alasan untuk menunjukkan kehebatan dengan menjadikan Muhyiddin sebagai mangsa pertama.

Iklan
Iklan

Katanya, mereka semakin tertekan dan risau akan menimbulkan kemarahan rakyat memandangkan tiada sebarang perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran kerajaan.

"Semuanya sama, belanjawan 2023 pun salin dan tampal, 'copy and paste' sahaja. Rakyat harap kerajaan dapat buat yang terbaik jadi kalau macam ini perlulah cari alasan.

Iklan

"Orang bila dia sudah gagal tetapi mahu nampak diri hebat perlu cari kesalahan orang lain. Jadi, mangsa pertama mereka adalah bekas Perdana Menteri," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini.

Iklan

Pada Jumaat, Muhyiddin berdepan enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.

Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.