Xi Jinping sekali lagi dipilih sebagai Presiden China

Iklan
Xi Jinping dipilih sekali lagi sebagai Presiden Republik Rakyat China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PRC pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan, pagi tadi. - Foto Xinhua

BEIJING - Xi Jinping dipilih sekali lagi secara sebulat suara sebagai Presiden Republik Rakyat China (PRC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) PRC pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), pagi tadi.

Sidang pleno ketiga sesi pertama NPC ke-14 berlangsung di Dewan Besar Rakyat di sini, dengan proses pengundian dijalankan untuk memilih barisan pemimpin baharu negara.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Zhao Leji dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 manakala Han Zheng menyandang jawatan Naib Presiden China.

Selain itu, pelan pembaharuan institusi Dewan Negara juga diluluskan pada sesi pertama NPC berkenaan.

Iklan
Iklan