Pengeluaran minyak sawit dijangka terjejas jika hujan berterusan
Iklan
Gambar hiasan
PENGELUARAN minyak sawit mungkin boleh terjejas sekiranya hujan lebat berterusan sehingga suku kedua, kata seorang peserta industri.
Menurut pengarah syarikat perladangan Ganling Sdn Bhd, Ah Ling, banjir yang melanda pada masa ini dijangka hanya memberi impak minimum kepada pengeluaran, tetapi angka pengeluaran perlu disemak jika hujan berterusan.
Iklan
Iklan
"Sebaik sahaja selepas bulan Disember, kami mengunjurkan pengeluaran domestik meningkat daripada 18.4 juta tan kepada 19.1 juta tan. Mungkin (ia memerlukan) sedikit pelarasan.
"Biasanya kesan La Nina terhadap pengeluaran sawit berbanding El Nino sangat berbeza. La Nina sangat fizikal tetapi tidak semua kawasan dinaiki air.
Iklan
"Dan saya rasa ia sudah mula kering sekarang," katanya pada acara webinar minyak sawit anjuran UOB Kay Hian pada hari Isnin.
Beliau berkata, walaupun La Nina boleh mengganggu bekalan pada suku pertama, pengeluaran akan meningkat pada separuh pertama tahun ini dan hingga ke suku pertama 2024.
Iklan
Dan sekiranya El Nino muncul pada separuh kedua tahun ini, ia tidak mungkin memberi kesan kepada bekalan dan harga minyak sawit mentah (MSM) sehingga separuh kedua tahun depan, tambahnya.
Beliau seterusnya berpendapat inventori semasa sebanyak 2.1 juta tan kekal menyokong paras harga MSM semasa.
"Harga MSM dijangka lemah pada separuh kedua tahun ini disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan permintaan yang lemah," katanya.
Namun begitu, beliau berkata, La Nina pada masa ini yang dijangka berakhir bulan ini, masih boleh memberi kesan kepada pengeluaran kacang soya di Argentina dan selatan Brazil, sekali gus melonjakkan harga komoditi itu.
Keadaan itu dijangka tidak memberi kesan kepada penanaman kacang soya di Amerika Syarikat, tambah Ling. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>