Pelan hadapi kegawatan ekonomi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Iklan
Pelan kerajaan hadapi kegawatan ekonomi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR - Pelan kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bertanyakan Menteri Kewangan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, pada sesi soal jawab.
Iklan
Iklan
Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi tahun ini.
Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.
Iklan
Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.
Selesai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kelima. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>