YBR salur bantuan RM40,000 manfaatkan 400 murid di Sarawak
Iklan
Syaiful Rizal (tengah) menyerahkan simbolik replika cek bantuan persekolahan kepada wakil penerima di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching pada Sabtu.
SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan bernilai RM40,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah di Sarawak sempena sesi persekolahan yang bakal bermula pada 20 Mac ini.
Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, seramai 400 orang murid menerima bantuan tersebut melalui program bantuan persekolahan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Bank Negara Malaysia Kuching.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bantuan tunai sebanyak RM100 diberikan kepada setiap murid daripada kalangan asnaf dan keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) bagi membantu ibu bapa atau penjaga membuat persediaan untuk sesi persekolahan.
"Pemberian bantuan tersebut dipecahkan kepada dua lokasi iaitu di sekitar Kuching dan Mukah dalam masa yang terdekat sebelum sekolah dibuka.
Iklan
"Bantuan yang disalurkan kepada pihak yang layak ini diharapkan mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah sama seperti mereka yang bernasib baik serta sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu masyarakat yang semakin terhimpit dengan keadaan semasa," katanya sempena majlis penyerahan bantuan berkenaan pada Sabtu.
Beliau menyerahkan replika cek bantuan persekolahan di Masjid Darul Rahmah Tambirat, Kuching, Sarawak.
Iklan
Untuk rekod, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi pada tahun lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>