PN tak pernah berhenti runding, bincang pembahagian kerusi
Iklan
Dominic
GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) tidak pernah berhenti membuat rundingan dalam pembahagian kerusi di enam buah negeri yang akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada pertengahan tahun ini.
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi sentiasa diteruskan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi.
Menurutnya, perbincangan tersebut berjalan secara berpanjangan dan menjadi asas perbincangan untuk PN berhadapan dengan PRN nanti.
Iklan
Iklan
"Persediaan untuk PRN telah lama dilakukan, iaitu sebelum PRU lagi. Ketika itu, kita pun tak tahu bahawa enam negeri ini tidak akan adakan PRN. Bagaimanapun, perbincangan dan rundingan masih dijalankan, tidak pernah berhenti sehingga selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.
"Akan ada perubahan di saat-saat akhir dan itu perkara biasa. Yang pasti, kita tidak pernah berhenti berbincang dan membuat rundingan untuk menentukan calon di keenam-enam negeri itu nanti," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Iklan
Kata Presiden Gerakan itu, kesemua hasil rundingan dan perbincangan mengenai pemilihan calon yang dibuat akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi PN untuk diputuskan oleh Majlis Presiden PN.
"Kita akan tengok calon yang paling sesuai untuk memenangi kerusi di setiap DUN. Contohnya di Pulau Pinang, kita akan beri tumpuan di kawasan Parlimen yang kita menang iaitu Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.
Iklan
"Kita akan letakkan calon yang boleh menang di kawasan-kawasan ini. Perubahan dari masa ke semasa akan dilakukan sehingga hari pembubaran (DUN) kelak," katanya.
Enam negeri sebelum ini sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Kata sepakat itu dicapai menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit pada Februari lalu.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.