Luruan monsun dijangka sehingga 6 Mac

Iklan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan luruan monsun dijangka berlaku sehingga 6 Mac depan dan keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di semenanjung, barat dan tengah Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga telah mengemas kini amaran hujan berterusan yang melibatkan negeri-negeri berkaitan berkuat kuasa sehingga Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Mac 2023.

"Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga 6 Mac 2023 dan berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya pada Khamis.

Iklan

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web METMalaysia dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Iklan