Abdul Hadi belum pulih daripada 'kemurungan politik'

Iklan
Mohd Najwan

SHAH ALAM - Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat menunjukkan beliau seolah-olah belum pulih daripada penyakit ‘kemurungan politik'.

Timbalan Ketua PKR Cabang Shah Alam, Najwan Halimi dalam satu kenyataan turut mendakwa, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu hanya satu bentuk perang saraf bagi menggambarkan wujud ketidakstabilan politik di bawah pentadbiran kerajaan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Apa yang nyata, pandangan beliau tiada asas. Realitinya, kerajaan amat kukuh dengan sokongan majoriti dua pertiga.

Media pada Selesa melaporkan Abdul Hadi ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Iklan

Menurut Najwan, pelbagai ikhtiar dilaksanakan Perdana Menteri untuk menetapkan semula hala tuju dan keutamaan kerajaan.

"Belanjawan 2023 yang dibentang turut membuktikan komitmen kerajaan untuk menangani masalah rakyat terkait kos sara hidup serta membasmi kemiskinan.

Iklan

"Dasar luar negeri serta penghormatan yang dizahirkan oleh negara-negara lain juga semakin baik sejak Anwar menerajui kerajaan,” katanya.